Cuti umum hari ini. Kami jalan-jalanlah ke Papar tengok tempat. Tujuan mau cari daun tembakau yang sudah dikeringkan tapi belum di potong atau diproses lagi. Puas tilik di market Papar tak jumpa pun. Ibu-ibu di market tu cakap cari Keningau dan Ranau kerana di sana ada orang yang tanam pokok tembakau. Lain kali cuba lagi lah. Hari pun panas jadi kami pun pulang.
"On the way back", kami singgah di kedai perabut Deli. Wah, ada perabut yang cantik dan berkenanan di hati. Sofa yang diidamkan pun ada, cuma tak ada warna gelap, harga pun boleh tahan. Harga pun boleh tahan. Ada perabut moden dan yang klasik. Tanya dari mana datang Malaysia dan China. Kalau buatan Malaysia, boleh tahan juga "artwork" dan qualiti nya. Tak lama lagi kami mau pindah rumah baru (sewa lah) tu lah mau tinjau perabot kot-kot ada yang berkenanan bersesuaian dengan bajet.
Lepas tu kami singgah di BERINGGIS BEACH RESORT. First impression Resort ini, tak lah seberapa. Tapi bila pandang dari lobi, ok juga. Nampak quiet aje. Jadi kami ronda lah sampai pantai nya. Boleh tahan juga. Seni taman terpelihara, bersih. Sayang sekali kurang tetamu, nampak 2 budak mandi di kolam renang. Susunatur bangunan bilik resort nampak teratur. Barangkali kami akan mencuba menjadi tetamu di Resort ini untuk CUTI-CUTI MALAYSIA. Saya rasa pihak Pengurusan Resort perlu meningkatkan lagi strategi pemasarannya untuk menarik lebih ramai pengunjung dalam dan luar negara. Bina Resort/Hotel berjuta-juta ringgit (mungkin menggunakan peruntukkan Kementerian Pelancungan) tapi kurang mendapat sambutan. Sayangkan. Perlu satu "Marketing Team" yang kuat. Harga promosi Resort ini dari rm203 hingga rm500 termasuk sarapan. Masih mahal bagi orang tempatan, kalau pelancung luar negara lain lah. Kalau musim puncak ada tambahan "surcharge" rm40.00 satu malam. Nanti lah saya komen lagi, tunggu kami "check-in" dulu dan rasa.